Shalom semua, seperti yang ada terpapar di poster di atas, pada malam 24 Disember 2011 jam 07.30pm kami mengadakan Christmas Special Celeberation di Gereja BEM (SIB) Community Lutong. Selain Firman Tuhan, ada persembahan diadakan dan jamuan dihidangkan bersama. Pada pagi 25 Disember pula, kita akan mengadakan Kebaktian Krismas pada pukul 08.00 pagi di tempat yang sama. Selepas kebaktian, kita akan kunjung-mengunjungi ke rumah teman untuk meraikan Kelahiran Raja Segala Raja kita yang telah datang ke dunia ini pada 2000 tahun yang dulu yang membawa keselamatan kepada kita. Mari kita meraikan sama-sama selain memberikan kesyukuran ke atas berkat yang berlimpah kepada kita sepanjang tahun ini. Tuhan memberkati dan Selamat Hari Natal dan menyambut Tahun baru 2012 kepada semua.
Bawa teman-teman berasa datang pada waktu ini.